• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Terbuka Miti Zon Pantai Timur Tawar 2,500 Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sambutan Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Zon Pantai Timur pada 19 dan 20 Nov ini di sini akan menawarkan kira-kira 2,500 peluang pekerjaan di 27 syarikat besar.

Pengarah MITI Kelantan Nik Mohd Fahim Muhaimin berkata peluang itu yang ditawarkan menerusi Pameran Kerjaya dan Temu duga Terbuka anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan graduan dan bakal graduan khususnya dari negeri-negeri pantai timur.

Sambutan tersebut Program dijangka menarik kira-kira 5,000 pengunjung, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata antara matlamat sambutan ialah bagi membolehkan orang ramai mengenali dengan lebih dekat peranan MITI dan agensinya dalam membangunkan ekonomi termasuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (IKS) serta perdagangan.

“Pada hari itu juga akan diadakan pelancaran model baharu kereta Perodua MyVi yang juga kali pertama dibuat di luar Kuala Lumpur. Pelancaran dilakukan di negeri ini kerana Perodua melihat Kelantan mempunyai pasaran yang tinggi untuk jualan kereta berkenaan,” katanya.

Katanya seminar peluang pelaburan dan pembangunan untuk IKS juga akan diadakan bagi memberikan pendedahan kepada syarikat-syarikat tempatan yang terlibat khususnya dalam industri makanan dan pembinaan.

“Selain itu, ia juga bagi memberikan pendedahan kepada pengusaha industri makanan mengenai kaedah penyediaan produk secara berteknologi terkini yang menepati permintaan pasaran global dan peluang meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan kenderaan khas “Hari MITI” bagi mengangkut orang ramai dari beberapa lokasi termasuk stesen Bas Kota Bharu dan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini ke tempat program itu berlangsung. – BERNAMA

Tags: MITI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd