• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pihak Perlu Henti Debat Isu Perkuman

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Semua pihak, terutama portal berita Malaysiakini perlu segera menghentikan penyiaran artikel yang telah mencetuskan perdebatan isu perkauman, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata pengamal media tradisional dan elektronik memegang amanah dan mempunyai tanggungjawab besar dalam menjaga keharmonian dan seharusnya tidak memutarbelitkan sesuatu isu sehingga mendatangkan kegusaran awam.

Beliau merujuk kepada artikel disiarkan Malaysiakini semalam berkenaan dakwaan terhadap Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail yang dikatakan membangkitkan isu perkauman, dan berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi juga telah menghuraikan isu tersebut pada 11 Nov lalu dengan menyatakan apa yang dinyatakan Aidi bukanlah kenyataan rasis.

Ekoran itu katanya, tiada sebab untuk portal terbabit masih berterusan menerbitkan artikel malah menyiarkan komentar-komentar netizen sehingga kepada tahap sesetengahnya mempertikaikan kewibawaan Aidi.

“Mereka sendiri ada menerbitkan penjelasan mengenai perkara itu (kenyataan Mohamad Fuzi) tetapi masih lagi menerbitkan artikel lain selepas itu yang seolah-olah sengaja mengeruhkan keadaan dan mengelirukan masyarakat sehingga maksud sebenar yang disampaikan tidak difahami dengan betul.

“Kenyataan Ketua Polis Terengganu ini telah disalah tafsir dan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memainkan isu pemprofilan kaum. Ini adalah sesuatu tindakan yang tidak beretika sehingga ke tahap telah menimbulkan pelbagai persepsi dan komen negatif daripada netizan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Pada 8 Nov lepas, Bernama telah melaporkan bahawa Aidi mengesahkan bahawa tiada kegiatan gangsterisme dikesan di Terengganu dan ia mempunyai kaitan dengan sikap masyarakat di negeri itu yang majoritinya orang Melayu, masih menghormati pemimpin setempat seperti ketua kampung dan bilal.

Jailani yang merupakan Anggota Parlimen Hulu Terengganu urut mengingatkan agar semua pihak memikul tanggungjawab dalam menyampaikan berita yang tepat dan mendidik rakyat.

“PDRM dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sentiasa bekerjasama dalam menguatkuasa undang-undang demi menjaga ketenteraman awam di negara ini. Kedua-dua agensi ini perlu terus tegas melakukan segala yang perlu dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) agar polemik ini dihentikan serta-merta, tanpa kompromi.

“Kerajaan dan rakyat secara amnya tidak mahu melihat perkara ini berterusan tanpa tindakan segera dan tegas diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani JohariIsu Perkuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

01/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd