• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uber Lancar UberMOTO Di Ibu Kota Bangladesh

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Syarikat pengangkutan teksi dalam talian, Uber pada Selasa mengumumkan pelancaran perkhidmatan perkongsian, UberMOTO, di ibu kota Bangladesh, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut syarikat berkenaan, perkhidmatan itu sekali gus melambangkan Uber mengorak selangkah lagi untuk mewujukan perubahan dalam sistem pergerakan di bandar raya Dhaka.

Ia bermula 11 bulan selepas pelancaran UberX dan baru-baru ini, UberPREMIER. Perkhidmatan itu, memberikan penumpang pilihan lain untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dengan hanya menekan satu butang.

Pengurus besar Uber Dhaka, Arpit Mundra berkata, “Kami sangat teruja untuk menggunakan teknologi, bukan sahaja menyumbang ke arah meningkatkan pergerakan di Dhaka dan mengurangkan kesesakan.

“Tetapi lebih penting mewujudkan ribuan peluang ekonomi kepada golongan belia.” Menurut syarikat itu, penumpang menerima butiran mengenai motor sama seperti kenderaan Uber lain.

Ini termasuk semua ciri standard keselamatan sebelum, semasa dan selepas perjalanan, termasuk pengesanan GPS, maklum balas dua arah dan keupayaan berkongsi butiran perjalanan dengan keluarga serta kawan-kawan.

Kapten pasukan kriket kebangsaan Bangladesh, Mashrafe Mortaza turut mencuba perkhidmatan UberMOTO pertama di bandar itu pada hari pelancaran. – BERNAMA

Tags: BangladeshUberUberMOTO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd