• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

131 Cerun Runtuh Dalam Bencana Alam Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini pada 15 Sept dan 4 Nov lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata daripada jumlah itu, sebanyak 46 kejadian cerun runtuh berlaku dalam kejadian bencana alam 15 Sept lepas manakala 85 kejadian cerun runtuh pada 4 Nov di sepanjang rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jalan-jalan yang terkesan iaitu Jalan Persekutuan Paya Terubong, Jalan Tanjung Tokong-Batu Ferringhi-Teluk Bahang-Balik Pulau, Jalan Tun Sardon dan Jalan Jeep, Bukit Bendera,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.

Beliau berkata buat masa ini Jalan Tun Sardon masih ditutup kepada lalu lintas kerana kerja-kerja pembersihan tanah dan pembaikan masih sedang dijalankan dan jalan berkenaan akan dibuka kepada trafik pada pukul 5 petang esok, manakala Jalan Paya Terubong telah dibuka pada 7 Nov lepas.

“Di samping itu, Jalan Jeep di Bukit Bendera juga telah ditutup sejak 5 Nov juga telah boleh dilalui pada 10 Nov. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan masih berjalan di tapak,” katanya.

Mengenai perkembangan pasca banjir, Lim berkata pihaknya masih memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di Seberang Perai Utara memandangkan limpahan air sungai dari Sungai Jarak dan Sungai Kulim merupakan salah satu punca air bah membanjiri kawasan berhampiran.

Beliau berkata JKR memberi keutamaan untuk mengawal trafik dengan meletakkan papan tanda selain turut menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan, pokok tumbang dan pembaikan kecil.

Lim juga berkata:”Berita gembira buat negeri Pulau Pinang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan Bajet 2018 untuk pembesaran LTAPP.

Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan.”

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: banjir Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

08/04/2026
0

PULAU PINANG – Hasrat sebuah persatuan tokong untuk menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tidak kesampaian selepas tidak mendapat kebenaran pihak...

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir

29/10/2018
0

SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd