• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan P.Pinang Sentiasa Hidup Dalam Penafian

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata pelbagai bantuan telah disalur oleh kerajaan persekutuan untuk mangsa banjir termasuk tilam, tikar, pakaian dan sebagainya.

“Inilah kerajaan Pulau Pinang, memang sentiasa dalam ‘denial’ (penafian), tidak mahu mengaku kerajaan pusat sudah menghulurkan bantuan. Tidak mahu mengaku kerajaan pusat beri peruntukan. Bertreler- treler (banyak treler bawa barangan) masuk ke sini untuk menghulurkan bantuan.

“Bukan saja makanan yang dihulurkan, malah (pihak) daripada negeri-negeri jiran sehingga dari Johor turut datang membantu membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di lobi DUN berkata sehingga hari ini kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini yang bernilai RM1 bilion.

“Sehingga hari ini tidak ada apa-apa bantuan yang diumumkan untuk kerajaan negeri. Sungguhpun kita telah membentangkan projek RTB (dengan kos) sebanyak RM1 bilion, tetapi masih tidak ada sebarang pengumuman.

“Kita harap beliau (Najib) boleh umum dengan secepat mungkin kerana sehingga sekarang tidak ada sebarang bantuan yang diluluskan baik untuk negeri Pulau Pinang, untuk projek RTB, ataupun untuk mangsa-mangsa banjir, kita semua masih menunggu. Pada minggu lepas kita umumkan Program Bangkit Pulau Pinang bernilai RM100 juta, sudah tentu kita harapkan kerajaan persekutuan boleh luluskan jumlah yang besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Jahara Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P.Pinang Didesak Tubuh Tabung Khas Kg. Mutiara

02/08/2017
0

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang campur tangan dan menubuhkan sebuah tabung khas bagi menyelesaikan...

BN Seru Rakyat Bangkit Selamatkan Pulau Pinang

25/05/2017
0

GEORGE TOWN - Rakyat Pulau Pinang diseru untuk menyelamatkan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd