• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Didakwa Terima Wang Haram RM5.9j

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 55 pertuduhan menerima wang berjumlah RM5.9 juta hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Lee Ming Chai, 49,juga tidak mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Berdasarkan 55 kertas pertuduhan, Lee didakwa menerima wang sebanyak RM5.9 juta daripada syarikat GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd., yang dimasukkan ke dalam tiga akaun milik syarikatnya iaitu Malayan Banking Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Sitiawan dan Manjung, Perak serta Melaka antara Januari 2011 hingga November 2017.

Lee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim. Sementara itu, bagi sembilan lagi pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammed Fauzi Md Yusof, Lee didakwa membuat penyataan palsu dalam borang 32A yang berkaitan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tertuduh, yang diwakili peguam Andrew Yee, didakwa menggunakan dokumen palsu tersebut di tiga lokasi berasingan iaitu SSM cawangan Perak di sini, Public Bank cawangan Sitiawan dan OCBC Bank Malaysia Berhad di Teluk Intan pada sekitar 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang mana penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Lee diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan di balai polis berhampiran setiap bulan sekali.

Norashima menetapkan 18 Jan ini untuk sebutan semula kesemua kes itu. – BERNAMA

Tags: Gubah Wang Haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengarah Syarikat Didakwa Gubah Wang Haram Lebih RM1 Juta

27/05/2022
0

Shah Alam : Pengarah syarikat yang menjalankan urusan jual beli sarung tangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Shahrir Samad, Ahmad Maslan Didakwa Esok

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Datuk Seri Ahmad Maslan, akan didakwa di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd