• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Tidak Mengaku Salah Guna Wang Palsu

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan wang kertas palsu bernilai RM300, bulan lepas.

Muhammad Nazmie Mohd Amin, 19, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa bagi mencapai niat bersama telah menggunakan tiga keping wang kertas RM100 yang dibuat dengan cara pemalsuan walaupun mengetahuinya atau ada sebab mempercayai sebagai palsu.

Pesalah muda itu didakwa melakukan kesalahan di Batu 20 Kesang Tua, Jasin dekat sini, pada 10 pagi, 30 Okt lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Penganggurwang palsu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd