• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Malaysia Dimarah Sebut Nama Korea Utara

oleh
13/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Media Malaysia yang buat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara ‘diajar’ bagaimana untuk sebut nama negara komunis itu dengan betul.

Semasa sidang media sebelum perlawanan tersebut diadakan, seorang penterjemah bahasa Inggeris dari Korea Utara meminta media Malaysia untuk berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara.

Sebaliknya ketika sidang media di Stadium i-mobile di Buriram dekat sini, mereka diarahkan jurubahasa itu untuk menggunakan hanya nama rasminya iaitu, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada nama Korea Utara,” kata pegawai negara tersebut yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara.

Pegawai berkenaan sebelum itu mencelah soalan dikemukakan oleh petugas media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya yang dirujuk dengan akronim sebagai DPRK.

Dia bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Korea Utara sekali lagi pukul 7 petang Isnin (8 malam waktu Malaysia) di stadium berkecuali yang sama, selepas kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lalu.

Untuk rekod, hanya jiran Korea Utara, China merujuk nama sekutu politiknya itu sebagai DPRK termasuk di media massa manakala negara-negara lain termasuk Korea Selatan pula menyebutnya sebagai Korea Utara.

Begitu juga Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan antarabangsa lain mengguna pakai nama Korea Utara bukan DPRK, kerana dianggap janggal apatah lagi mana ada sistem demokrasi di negara itu.

Perlawanan sepatutnya diadakan pada Mac lalu tetapi ditunda kerana hubungan diplomatik antara dua negara berikutan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2, pada Februari lepas.

Malah perlawanan itu yang asalnya di Pyongyang juga menjadi ‘mangsa’ keadaan semakin buruk di Semenanjung Korea berikutan siri pelancaran peluru berpandu Korea Utara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Korea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd