• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesuruhjaya PAS Perak Kena Bayar RM200k Kepada Nizar

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan saman fitnah yang difailkan dua tahun lalu.

Mohammad Nizar ,yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta terhadap ke atas Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Ogos 2015, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim D. Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu selepas mendapati Razman, selaku defendan, bertanggungjawab terhadap kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohamad Nizar sebagai plaintif.

Mohamad Nizar, yang kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel berkenaan yang mengaitkannya ‘menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP’.

Plaintif diwakil Asmuni Awi manakala Razman diwakili Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Asmuni berkata plaintif berasa lega dengan keputusan tersebut dan memohon defendan membayar jumlah itu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman.

“Kami selalu mengatakan kos fitnah tidak murah. Walaupun keputusan itu, defendan terus memfitnahkan Nizar menerusi tulisannya, kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam kami jika beliau mahu meneruskan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Zamri berkata alasan penghakiman bahawa plaintif berjaya membuktikan artikel berkenaan ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas serta bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

“Saya akan cuba menasihatkan anak guam untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nizar JamaluddinPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd