• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Negara Capai Persetujuan Perjanjian TPP

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DA NANG (Vietnam) – Jepun, Australia dan sembilan negara lain dalam pakatan perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada Khamis telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baharu tanpa Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Kesemua negara bersetuju untuk menggantung sebahagian daripada peraturan perdagangan dan pelaburan yang termasuk dalam permuafakatan 12 negara asal TPP, sehingga AS kembali kepada rangka kerja pelbagai hala itu.

Mereka bersetuju untuk melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am.

Kesemua negara mencapai persetujuan umum itu dalam mesyuarat peringkat menteri yang bermula di Da Nang pada Rabu.

Perjanjian baharu TPP itu amat penting dalam membentuk peraturan baharu di rantau Asia-Pasifik yang bebas dan adil, kata Menteri Ekonomi dan Polisi Fiskal Jepun Toshimitsu Motegi pada satu sidang berita.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah melahirkan pandangan bahawa persetujuan umum itu adalah satu langkah penting ke arah strategi pertumbuhan beliau, menurut Motegi.

Perbincangan berkaitan TPP asal bermula pada bulan Mac 2010.

Jepun, AS dan 10 negara lain telah mencapai persetujuan umum berhubung perjanjian itu pada Oktober 2015 dan telah memeterainya pada Februari 2016.

Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump telah menarik negaranya keluar dari TPP selepas pelantikannya dalam bulan Januari tahun ini, menyebabkan 11 negara yang masih kekal mempertimbang satu perjanjian baharu.

TPP asal diperlukan untuk disahkan oleh enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota.

Negara lain menyumbang 14 peratus daripada KDNK global, berbanding 38 peratus di 11 negara termasuk AS.

Kesemua 11 negara dijangka memeterai perjanjian baharu TPP menjelang akhir separuh pertama tahun 2018.

Bagaimanapun, pakatan baharu itu tidak akan berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga dua tahun kerana sesetengah negara berdepan kesulitan dalam mengesahkannya, kata sumber yang sudah biasa dengan situasi tersebut. – BERNAMA

Tags: ASEANTPP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd