• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Cerita Sebab Lentok Manja Di Bahu PM

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK terkenal tanahair, Zizan Razak tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik foto mereka bersama menerusi laman Instagram (IG) pemimpin negara itu.

Foto eksklusif Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri itu dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada Najib pada program Minggu Media Sosial Malaysia 2017 malam Rabu lalu.

“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan Perdana Menteri. Saya melentokkan kepala ke bahu beliau kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.

“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya. Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya.

“Apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya sendiri,” kata aktor kelahiran Terengganu itu yang kini mulai popular menerusi filem sekuel Abang Long Fadil.

Najib difahamkan memuat naik status unik tersebut kelmarin dengan catatan ringkas iaitu “Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula. #MSMW2017.

Ia menerima reaksi positif pengguna media sosial apabila mendapat kira-kira 30,000 tanda suka selain hampir 700 komen netizen termasuk juga yang tegar antikerajaan.

Dalam pada itu, Zizan yang ketika ini mempunyai seramai 4.4 juta pengikut menerusi akaun IG miliknya turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada semua pengikut saya di IG, terutama peminat yang sering memberikan semangat dan sokongan sehingga saya berada di tempat saya sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia tersebut.

Ia disampaikan pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan terhadap Najib menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.

Selain itu, Shahul dalam ucapannya turut menyifatkan penglibatan aktif Perdana Menteri dalam media sosial menjadikan beliau sebagai role model penting kepimpinan negara pada masa kini.

Bahkan setakat ini Najib mempunyai lebih 337,000 pengikut melalui akaun Instagram, manakala 3.3 juta pengikut di laman Facebooknya dan 3.8 juta pengikut lagi menerusi Twitter.

Beliau mula menggunakan akaun Twitter sejak September 2007 ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menyampaikan maklumat serta kenyataan media secara pantas kepada rakyat.

Bagi platform Instagram pula, Najib sebenarnya sudah mula aktif sejak Mac 2013 sebagai tempat untuk berkongsi aktiviti di sebalik tabir. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zizan Dipuji Netizen Bantu Orang Awam Di Jalanan

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang pemandu yang tertidur ketika berada di persimpangan...

Alami Sesak Nafas, Zizan Masuk Hospital

04/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke hospital. Kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd