• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

113 Sekolah Seluruh Negara Catat Tahap Cemerlang KBAT

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 113 sekolah di seluruh negara berada pada tahap baik dan cemerlang menerusi pemeriksaan penarafan pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 40.07 peratus sekolah manakala 169 sekolah atau 59.93 peratus berada di bawah tahap baik dan cemerlang serta sekolah itu sedang dibimbing oleh Pegawai Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) dan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+).

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan dan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 tidak boleh dibandingkan dengan keputusan UPSR tahun-tahun terdahulu kerana format dan instrumen bagi UPSR tahun lepas adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

“Sebanyak 282 sekolah (satu sekolah kebangsaan dan satu sekolah menengah bagi setiap 141 daerah) telah melalui pemeriksaan penarafan amalan terbaik KBAT di sekolah melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Prestasi UPSR 2016 tidak boleh dinyatakan sama ada menaik atau menurun.

“Penilaian pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran hanya dapat dilaksanakan sebaik sahaja analisis keputusan UPSR 2017 diperoleh dengan membandingkan pencapaian calon berdasarkan perbandingan terhadap kualiti, ketekalan, ketepatan dan keadilan,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) mengenai kesan penilaian terhadap polisi KBAT yang diterapkan di sekolah rendah berikutan keputusan UPSR 2016.

Kamalanathan berkata penerapan KBAT dalam pendidikan negara menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran, kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber serta bina upaya bagi membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid.

Beliau berkata KBAT diterapkan dalam kurikulum persekolahan agar murid tidak hanya menghafal tetapi juga dapat menggunakan akal fikiran yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam aspek penulisan dan pengiraan, kementerian itu menyediakan program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) untuk pelajar dan hasilnya adalah memberangsangkan. – BERNAMA

Tags: KBATpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd