• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Puji Surau, Masjid Dibuka Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji tindakan jawatankuasa surau dan masjid di Pulau Pinang membuka pintu kepada mangsa banjir di negeri itu untuk berteduh tanpa mengira agama dan kaum.

Perdana menteri berkata tindakan itu merupakan contoh semangat 1Malaysia Negaraku yang patut diamalkan.

“Bagi saya, tindakan surau-surau dan masjid-masjid yang membuka pintu sebagai tempat berteduh bagi mangsa-mangsa banjir tanpa mengira agama dan kaum adalah tepat, wajar dan sesuatu yang harus dipuji,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau, hari ini.

Najib berkata Islam mengajar umatnya berkasih sayang, dan beliau mengambil iktibar kisah Rasulullah SAW yang memberi perlindungan kepada semua, tanpa mengira agama, tatkala mereka memerlukan bantuan.

“Seperti yang tertera dalam Surah At-Taubah, mafhumnya, “Dan jika seorang antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia,” katanya.

Media melaporkan semalam bahawa Surau Taman Free School di Georgetown membenarkan kira-kira 70 mangsa banjir membabitkan masyarakat Cina dan India yang tinggal di kampung sekitar kawasan itu untuk berteduh di surau berkenaan ekoran paras air yang naik secara mendadak.

Sebuah surau di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh, masih menempatkan 150 keluarga mangsa banjir di kawasan itu dan beberapa masjid turut membuka pintu kepada mangsa banjir.

Hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan selama beberapa jam pada Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air dan ada kawasan sehingga satu meter yang menyebabkan lebih 6,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Bencana banjir di negeri itu sehingga ini mengorbankan tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd