• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Akan Tubuh Kem Pusat Bantu Misi Pasca Banjir

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah akan menubuhkan sebuah kem pusat di Kelantan bagi menghimpunkan sukarelawan negeri itu dan segala peralatan yang diperlukan bagi memudahkan misi pasca banjir di negeri pantai timur itu.

Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang lokasi kem pusat itu.

“Kem pusat ini akan menghimpunkan tenaga-tenaga sukarelawan Kedah dan jentera-jentera yang terlibat di dalam misi di Kelantan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan 13 lori enam tan membawa pelbagai bekalan bantuan ke Kelantan dan Pahang di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Sukarelawan Kedah yang digabungkan di bawah nama “Sukarelawan Kedah Aman Makmur” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, akan menumpukan usaha pasca banjir mereka di satu dua kawasan di Kelantan dan Pahang.

Mukhriz berkata, bantuan oleh sukarelawan Kedah di kedua-dua negeri pantai timur itu akan memberi fokus kepada tiga perkara iaitu, bekalan makan, bantuan perubatan oleh doktor pakar dan kerja pembersihan rumah.

Sukarelawan Kedah menurutnya, akan dilengkapi dengan pelbagai peralatan membersih termasuk jentera-jentera berat berikutan terdapatnya kawasan dilanda banjir diselaputi dengan lumpur dan pasir.

“Bukan mudah untuk membersihkan kawasan-kawasan banjir yang diselaputi dengan lumpur dan pasir kerana apabila kering, ia akan keras menyamai simen.

Peralatan berat lebih sesuai untuk membantu mereka,” katanya.

Menteri Besar Kedah itu juga berkata, di antara tenaga yang amat diperlukan untuk menyertai sukarelawan Kedah adalah daripada mereka yang berkepakaran di dalam bidang bekalan air bersih serta doktor-doktor psikiatri.

Ada di kalangan mangsa banjir terutamanya di Kelantan begitu trauma dengan bencana banjir melanda negeri mereka yang disifatkan di antara terburuk dalam sejarah negeri itu, katanya.

Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Malaysia (ANSARA) berkata, persatuan itu bersama syarikat AEON Co (M) Bhd, AEON Big (M) Sdn Bhd dan Pusat Darah Negara akan mengadakan kempen BLOOD4FLOOD untuk meningkatkan tabungan darah negara.

Kempen yang akan diadakan di 11 lokasi Pusat Beli-belah AEON dan lapan lokasi pasaraya AEON Big seluruh negara selama tiga hari bermula daripada 9 Jan ini, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd