• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

766 Pelajar SPM Bertukar Tempat Akibat Banjir

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Sejumlah 766 pelajar yang sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang ditukarkan sementara pusat peperiksaan mereka berikutan banjir buruk di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman berkata ia membabitkan pelajar di tiga buah sekolah menengah di negeri ini yang sekolah mereka itu kini sedang digenangi air.

“Ia membabitkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jit Sin yang ditukar ke Jit Sin High School, SMK Mak Mandin ke SMK Seberang Jaya dan SMK Datuk Haji Ahmad Said ke SMK Desa Murni.

“Bagaimanapun seramai 153 pelajar SMK Mak Mandin dijangka akan kembali menduduki peperiksaan SPM itu di sekolah itu semula esok berikutan keadaan banjir yang semakin pulih,” katanya kepada pemberita di pusat penempatan banjir di sekolah Agama Rakyat Ar Ridhwan di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melawat kira-kira 200 mangsa banjir yang ditempatkan di situ hari ini yang turut dihadiri isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pihaknya juga sudah mengambil langkah perlu termasuk menempatkan pelajar terjejas banjir itu di kawasan selamat termasuk asrama sekolah berdekatan agar tidak menjejaskan persediaan mengambil peperiksaan itu.

“Kita tidak mahu emosi pelajar itu terjejas dan jabatan sentiasa memantau keadaan pelajar itu,” katanya.

Shaari berkata kini terdapat enam buah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir yang majoriti terletak di Seberang Perai Utara.

Menyentuh mengenai nilai kerosakan harta benda sekolah, beliau berkata nilai kerosakan akan dibuat penilaian sebaik banjir berakhir r.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan nilai kerosakan membabitkan harta benda sekolah itu adalah tinggi. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd