• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Perodua Viva Hilang Ditemukan Terlerai

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis menjumpai sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas, di sebuah bengkel di Kampung Gong Bayor, Alor Lintang dekat Kampung Raja di sini Sabtu lepas dalam keadaan komponennya dileraikan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rawi berkata susulan penemuan itu, polis menahan enam suspek lelaki berumur 19 hingga 43 tahun dalam Op Lejang di sekitar kampung berkenaan.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 19 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja.

Menurutnya, hasil soal siasat, polis menemukan pelbagai barangan kes termasuk motosikal Honda EX5 hitam yang turut dilaporkan hilang serta Perodua Viva berkenaan.

“Susulan penemuan barang kes itu, polis kemudian menahan tiga lagi suspek berusia 29 hingga 43 tahun di sekitar daerah ini dan turut merampas lima pil disyaki dadah diletakkan di dalam dua tiub penyedut minuman,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati empat daripada enam suspek itu turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan pencerobohan.

“Hasil ujian saringan awal kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung ketika ditanya mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd