• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Terengganu Tumpu Nelayan Di Empat Kawasan

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu memberi tumpuan terhadap golongan nelayan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.

Penolong Pengarah Kanan AADK Negeri Terengganu Arzmi Abdullah berkata kebanyakan penagih terdiri daripada kaum nelayan di Kuala Kemaman, Kuala Dungun, Gong Badak dan Seberang Takir serta Kampung Tanjung di sini.

“Nelayan terutama anak-anak muda ini tidak kira tempat menjalankan kegiatan mereka seperti di dalam bot, atas jeti, bawah jambatan, dalam semak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada program pengupayaan komuniti ‘Perangi Dadah Habis-habisan’ melibatkan 25 Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini hari ini.

Katanya mengikut rekod, bilangan penagih yang ditangkap mengikut umur bagi tahun 2014 hingga 2016, golongan belia antara yang tertinggi terlibat dalam jenayah tersebut dalam tempoh tiga tahun iaitu 107 orang pada 2014, 166 (2015) dan 378 (2016) berbanding remaja dan orang dewasa.

“Itu angka yang kita tangkap, yang masih bebas di luar sana ramai lagi. Jadi, kita harap ketua-ketua masyarakat seperti JKKK memainkan peranan dengan melaporkan kepada AADK sekiranya terdapat kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd