• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mohon Cabar Pelantikan Hakim Ditolak

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi yang menolak dua permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Dr Mahathir dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia dan dua hakim berkenaan.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Dr Mahathir.

Loke ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak kedua-dua permohonan Dr Mahathir selepas berpendapat tiada kewajipan statutori untuk perdana menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan Md Raus dan Zulkefli.

“Mahkamah menolak permohonan tersebut tanpa sebarang kos,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Dr Mahathir selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 9 Ogos lepas, dengan menamakan Najib, kerajaan dan Md Raus sebagai responden bagi mendapatkan perintah mandamus supaya mewajibkan perdana menteri dan kerajaan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Md Raus.

Nasihat itu bertujuan untuk membatalkan atau menamatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang diberikan pada 25 Mei lalu berkaitan pelantikan Md Raus sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara bermula 4 Ogos lalu bagi tempoh tiga tahun.

Dr Mahathir turut memfailkan satu lagi permohonan sama pada 27 Sept lalu dengan menamakan Najib, kerajaan dan Zulkefli selaku responden bagi mencabar pelantikan dan pelanjutan tempoh perkhidmatan presiden Mahkamah Rayuan itu.

Kedua-dua permohonan dikemukakan atas alasan antaranya, dalam Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan pelantikan seseorang yang sudah mencapai umur perkhidmatan perlembagaan iaitu 66 tahun, enam bulan untuk memegang jawatan berkenaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd