• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Tanggung Rugi Ribuan Ringgit

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mereka bukan sahaja terpaksa membersihkan rumah yang diselaputi lumpur selepas banjir yang dikatakan terburuk di Pulau Pinang malah terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

Ini kerana pelbagai barang terutama peralatan elektrik dan perkakasan di dalam rumah serta kenderaan mereka rosak selepas ditenggelami banjir.

Teh Lim Siong, 54, berkata dia bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian selepas barangan di dalam rumahnya di Bukit Teh, di sini semua rosak selepas tidak sempat diselamatkan, malah dua buah keretanya turut ditenggelami air.

“Banjir kali ini memang teruk, habis semua barang di dalam rumah rosak. Kalau nak kira rugi bukan sikit ini mungkin lebih RM10,000 lagi pun banyak peralatan elektrik dan perabot di dalam rumah baru beli kerana anak bongsu saya baru sahaja kahwin bulan lepas.

“Dua buah kereta yang ditenggelami air hingga paras bumbung itu mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk dibaiki. Saya ini hanya peniaga kecil dan tak boleh berniaga sebab banjir…nak kena beli dan tanggung barang-barang rosak lagi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​Teh yang merupakan pemborong sayur berkata rumahnya mula dinaiki air pukul 8 malam Sabtu dan dia langsung tidak menyangka banjir akan seteruk itu kerana selama tinggal di kawasan berkenaan tidak pernah lagi berlaku banjir sedemikian.

“Saya ingat banjir kilat biasa jadi masa berpindah ke pusat pemindahan kami tidak bawa kereta hanya saya, isteri dan anak serta menantu yang baru berkahwin saja pergi manakala kenderaan ditinggalkan di hadapan rumah.

“Semalam bila balik tengok rumah, teruk sangat keadaan malah kedua-dua kereta hanya nampak bumbung sahaja. Kami harap ada pihak yang dapat bantu meringankan beban kami,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir di Kampung Jawa, di sini Nur Rodziah Jusoh, 45, berkata keluarganya juga menanggung kerugian yang besar dalam banjir kali ini kerana semua barang serta persiapan perkahwinan anak sulungnya, Nurul Syuhada Rozali, 23, yang akan berlangsung dua minggu lagi telah rosak.

Katanya kenduri itu perlu diteruskan kerana telah menghantar jemputan namun majlis berkenaan akan diadakan secara sederhana sahaja berikutan banyak barang rosak serta mereka sekeluarga tidak mampu untuk membeli barang-barang baharu lagi.
​​​​​​​
“Nak buat macam mana, dah takdir kami semua barang yang dibeli termasuk bahan untuk memasak seperti gula, minyak dan beras rosak dalam banjir malah yang lain-lain juga habis dibawa air kerana kami tidak sempat menyimpannya di tempat selamat.

“Saya reda cuma berharap majlis nanti berjalan lancar. Hendak cari duit untuk beli lain dalam masa dua minggu ini memang tidak sempat sebab wang yang ada perlu digunakan untuk beli keperluan dalam rumah dan dibuat modal untuk kami berniaga di gerai,” katanya yang nyata sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan Bukit Mertajam mendapati lebih 100 kereta yang ditenggelami banjir di kawasan penempatan sekitar perumahan di situ masih dipenuhi air kerana banjir belum pulih sepenuhnya.

Kebanyakan kenderaan itu dikatakan tidak sempat dipindahkan pemilik masing-masing selepas paras air meningkat secara mendadak kira-kira pukul 9 malam Sabtu.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd