• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Suspek Utama Ibu Lacur Anak

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki suspek utama kes seorang ibu melacurkan dua anak perempuannya berusia lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing, bulan lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya berjaya mengenal pasti ketiga-tiga mereka menerusi passport mereka dan hasil soal siasat terhadap tujuh suspek lain yang ditahan sebelum ini.

“Kesemua lelaki terbabit berusia 30-an termasuk seorang daripadanya yang dipercayai teman lelaki ibu kepada kedua-dua kanak-kanak perempuan itu. Polis percaya ketiga-tiga mereka masih berada dalam negara ini, namun telah keluar dari negeri ini.

“Walaupun kita (polis) belum berjaya menangkap suspek, secara dasarnya kita telah mengambil langkah mengesan suspek ini,” katanya kepada pemberita pada prapelancaran Hari Keluarga bersama PDRM Care di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Katanya beliau sendiri memantau kes terbabit dari semasa ke semasa dan yakin pihaknya dapat mengesan kesemua suspek secepat mungkin.

Pada 25 Oktober lepas, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak perempuan kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Susulan itu, polis telah menahan tujuh lelaki warga Bangladesh berusia antara 28 dan 42 tahun serta seorang lelaki tempatan yang juga majikan warga asing berkenaan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Anti Pemerdangangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATISPOM). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd