• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Sertai AADK Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa artis tanah air bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Skuad 1Malaysia hari ini turun padang ke Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Suhaimi Abdullah, berkata misi bantuan yang disertai 30 orang itu diketuai Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

“Para sukarelawan akan memberi bantuan tenaga kerja seperti melaksanakan gotong-royong membersihkan rumah dan kawasan persekolahan serta sokongan emosi.

“Di samping itu, sukarelawan juga membawa barangan keperluan termasuk beras dan lampin bayi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di perkarangan Menara MARA di sini, hari ini.

Selepas ke Kelantan, misi berkenaan akan diteruskan di negeri Terengganu, Pahang dan Perak.

Katanya, Skuad 1Malaysia di negeri lain turut terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir dan seramai 200 orang telah pun bergerak ke negeri yang terjejas pada minggu lepas untuk memberi bantuan.

Beliau berkata, selain anggota AADK, pihak swasta turut menyumbangkan barangan keperluan yang bakal dihulurkan kepada mangsa banjir. – BERNAMA

Tags: AADKArtis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd