• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpuan Kini Kepada Kerja-Kerja Pembersihan

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN, – Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan banjir di Pulau Pinang supaya kesemua mangsa terlibat menerima bantuan yang sepatutnya.

Menterinya Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata tinjauan dari udara mendapati keadaan banjir di negeri itu semakin pulih dan air sudah surut.

Katanya tumpuan kini lebih kepada kerja-kerja pasca banjir, pembersihan laluan terhalang dan membantu operasi pembersihan di kawasan terjejas.

“Saya juga telah meminta Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Rejimen Askar Jurutera Diraja menilai bentuk bantuan yang bersesuaian termasuklah pembaikan rumah dan infrastruktur yang rosak,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Flat Taman Penang Free School di sini hari ini.

Turut sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hishammuddin berkata ATM sememangnya telah bersiap siaga mengatur gerak anggota dan aset pada bila-bila masa sekiranya kejadian banjir seumpama ini berulang pada masa hadapan.

Namun beliau turut meminta kerajaan negeri supaya mengambil iktibar daripada bencana banjir yang melanda negeri ini.

“Kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada semua dan kita harus mencari punca sebenar bagi mengelak ia daripada berulang,” katanya.

Kira-kira 200 pegawai dan anggota bawah naungan Divisyen Kedua Infantri Malaysia terutamanya pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja dan Rejimen 509 Askar Wataniah serta beberapa lagi unit sokongan bawah naungan 2 Divisyen.

“Selain itu, ATM turut menempatkan beberapa aset di kawasan terjejas banjir termasuk trak tatra, land rover, trak 3 tan, kenderaan 4×4 Dmax, bot penyelamat dan dapur medan,” katanya.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan Sabtu lepas sehingga paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd