• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu… Gambar Warga Emas Dalam Banjir Jadi Tular

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gambar-gambar yang menunjukkan beberapa orang warga emas yang merupakan penghuni sebuah rumah orang-orang tua di Jalan P.Ramlee terperangkap dalam banjir telah menjadi tular di media sosial.

Gambar-gambar tersebut dikongsikan oleh akaun Penang Kini dan telah menerima lebih 20 ribu likes dan lebih 13 ribu perkongsian.

Salah satu gambar yang mencetuskan perasaan sayu di hati netizen adalah seorang wanita tua yang kelihatan sedang ditenggelami air banjir separas perutnya,serta dilkelilingi oleh bantal yang diapungi air dan juga barangan plastik.

Dalam satu lagi gambar, sepasang warga emas lelaki dan wanita dengan baju yang basah dilihat cuba untuk membantu seorang lagi warga emas untuk merentasi banjir tersebut.

Rata-rata daripada netizen amat terkesan dengan gambar-gambar tersebut dan memohon orang ramai agar memberi bantuan kepada penghuni pusat jagaan itu.

Malah, meskipun berlainan bangsa dan agama, mereka masing-masing turut memanjatkan doa agar kesemua warga emas itu selamat.

Kesemua penghuni di situ dipercayai terselamat dan telah dipindahkan ke lokasi lain.

Rumah jagaan orang-orang tua di Jalan P.Ramlee, di sini, merupakan antara beberapa bangunan yang ditenggelami air dalam kejadian banjir yang melanda Pulau Pinang sejak Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BanjirPulau Pinangwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd