• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Raya Bertukar Menjadi Lautan Coklat Sekelip Mata

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – “Hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja jalan raya yang sesak dengan kenderaan berubah menjadi lautan air berwarna coklat,” kata seorang mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Petani malam tadi.

Mashitah Abu Bakar, 58, berkata ketika itu beliau bersama suaminya Ibrahim Ahmad, 63, serta seorang lagi rakan dalam perjalanan pulang dengan kereta menuju Kota Sarang Semut apabila terkandas dari Bedong hingga Gurun.

“Kami bergerak untuk balik pada pukul 6 petang dengan dan aliran jalan raya ketika itu menjadi sedikit sesak. Kami jangkakan berlaku kemalangan. Dalam beberapa minit kemudian, kenderaan mula bergerak secara perlahan.

“Namun kami meneruskan perjalanan dan kira-kira dua kilometer di hadapan, baru kami terlihat air mula melimpah ke atas jalan dan dalam sekelip mata sahaja air naik begitu cepat dan memasuki kereta​​ kami​ hingga mencecah paras buku lali,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mereka tetap meneruskan perjalanan selepas melihat beberapa kenderaan lain turut meredah air, namun paras air yang naik dengan cepat menyebabkan arus air menjadi deras hingga menyebabkan kereta kami mula bergoyang.

Mashitah berkata selepas melihat paras air naik dengan cepat, terdapat pemandu dan penumpang lain yang mula keluar dari kenderaan masing-masing dan mencari kawasan lebih tinggi.

“Semasa masih di dalam kereta, seorang wanita datang dan mengetuk tingkap kereta memintar agar kami keluar kerana air semakin naik. Kami lalu keluar dari kereta dan berjalan ke rumah penduduk di situ yang air di kawasan sekitar sudah mencecah paras pinggang,” katanya.

Beliau bersyukur apabila sejam kemudian adiknya yang tinggal di Alor Setar datang mengambilnya dan rakannya dengan kenderaan pacuan empat roda manakala suaminya menunggu kren bagi mengalihkan kereta mereka yang dimasuki air.

Beliau turut terkilan kerana tiada pihak yang memberi amaran awal banjir kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan itu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd