• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishamuddin Bangga Tindak Pantas ATM Bantu Mangsa

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meluahkan rasa bangga dengan tindakan pantas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya, seawal jam 3 pagi lagi, pasukan pemantau 509 Askar Wataniah sudah digerakkan untuk membantu mangsa.

Setakat ini, anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia sudah berjaya memindahkan penduduk di beberapa kawasan terjejas termasuk di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Zon Barat Daya dan Zon Timur Laut.

Selain itu, pihak ATM juga melakukan pembersihan laluan terhalang dan membantu operasi pembersihan di kawasan-kawasan terjejas.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Cuaca buruk dan banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sejak Sabtu itu, setakat ini telah meragut tiga nyawa. – Astro Awani

Tags: ATMBanjirDatuk Seri Hishammuddin Tun HusseinPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua...

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd