• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

203 Anggota Bomba Bantu Mangsa Banjir Di Kedah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menggerakkan 203 anggotanya bagi membantu operasi banjir kilat di Kulim, Kuala Muda dan Gurun.

Pengarahnya Abdul Razak Muda berkata operasi banjir itu telah digerakkan sejak malam tadi selepas beberapa daerah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat turun sejak awal pagi, semalam.

Katanya kesemua anggota dari tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Alor Setar, BBP Yan, BBP Guar Chempedak, BBP Sungai Petani, BBP Tikam Batu, BBP Kulim dan BBP Kulim Hi-Tech itu terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

“Sebanyak 13 bot dan dua lori juga digunakan bagi membantu kelangsungan operasi banjir ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Abdul Razak berkata setakat ini JBPM Kedah belum menghantar bantuan anggota ke Pulau Pinang kerana sedang bertungkus lumus menjalankan operasi banjir di tiga daerah ini.

“Kita sedang menunggu arahan semasa daripada ibu pejabat dan bersedia untuk memberi bantuan kepada Pulau Pinang sekiranya keadaan di sana bertambah buruk,” katanya.

Hingga 1 petang, seramai 1,025 mangsa daripada 316 keluarga yang terjejas telah ditempatkan di 24 pusat pemindahan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd