• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Gerakkan Bantuan Ke Kawasan Banjir Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan anggota dan asetnya ke beberapa kawasan di Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bantuan digerakkan termasuk ke Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Zon Barat Daya dan Zon Timur Laut.

“Sejak awal lagi saya telah arah ATM membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya menerusi laman facebook rasminya hari ini.

Hishammuddin berkata setakat ini, ATM telah memindahkan penduduk terlibat ke kawasan selamat, membersihkan laluan yang terhalang serta menbantu operasi pembersihan di kawasan terjejas.

“InsyaAllah, dalam keadaan ini, ATM akan terus bantu apa sahaja yang terdaya. Marilah kita sama-sama doakan, semoga keadaan di sana segera pulih seperti sedia kala,” katanya.

Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan hampir 2,000 penduduk, 104 pesakit dan empat bayi baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahkan.

Turut dilaporkan berlaku dua kematian melibatkan seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditemukan lemas di dalam rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak dan seorang wanita dari Pusat Penjagaan Orang Tua Jalan P. Ramlee. – BERNAMA

Tags: ATMBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd