• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Kok Wing Terima Anugerah Juara-Juara Komanwel

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pengasas dan Presiden Limkokwing University Tan Sri Lim Kok Wing malam tadi menerima Anugerah Juara-Juara Komanwel bagi sumbangnya menyatukan belia dari 54 negara menerusi pendidikan.

Beliau menerima anugerah berkenaan pada majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Belia Komanwel yang dihadiri 300 peserta di universiti itu di sini.

Anugerah itu diterima oleh anak Lim, Datuk Tiffanee Marie Lim yang juga Naib Presiden Pembangunan Jenama, Kreativiti dan Bakat universiti itu, daripada Timbalan Setiausaha Agung Hal Ehwal Politik Negara-Negara Komanwel, Dr Josephine Ojiambo.

“Saya bangga menerima anugerah ini yang menghargai pencapaian bapa saya,” kata Tiffanee.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Komanwel, Kishva Ambigapathy.

Dalam ucapan perasmian, Kishva berkata Lim merupakan penerima kelapan anugerah berkenaan.

Semalam, Putera Charles, Prince of Wales, yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah tetamu kehormat pada sidang kemuncak berkenaan yang berlangsung di kampus University of Nottingham Malaysia di Semenyih, di pinggir ibu negara Malaysia.

Putera Charles dan isteri baginda Camilla, Duchess of Cornwall, tiba di sini pada Khamis bagi melakukan lawatan rasmi buat julung kalinya di Malaysia, bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. – BERNAMA

Tags: lim kok wing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga Lim Kok Wing

02/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri...

Lim Kok Wing Meninggal Dunia

01/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, 75, meninggal dunia pagi ini. Berita pemergian tokoh itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd