• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Gesa PKS Sesuai Diri Berurus Niaga Di DFTZ KLIA

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar menyesuaikan diri apabila mengembangkan perniagaan mereka terutamanya menerusi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang mula beroperasi hari ini.

Beliau berkata PKS terutamanya dipilih untuk berada dalam DFTZ kerana ia akan menjadi platform baik bagi mereka untuk berniaga secara besar-besaran di peringkat antarabangsa.

“PKS sepatutnya dapat melihat peluang itu, di mana platform dalam talian boleh membantu menjual produk mereka (dengan) teknik yang betul,” katanya selepas majlis pelancaran DFTZ KLIA Aeropolis Park bersama dengan Pengasas Alibaba, Jack Ma, di sini. hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan melahirkan harapan agar DFTZ mencapai kejayaan disokong oleh syarikat-syarikat terutamanya yang didokong generasi muda.

DFTZ merupakan komponen utama untuk memacu ekonomi digital Malaysia, memudahkan PKS memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi Internet dan perdagangan rentas sempadan.

Najib berkata DFTZ dijangka mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dan menggandakan eksport PKS kepada RM162.9 bilion menjelang 2025.
Produktiviti PKS tempatan juga dijangka meningkat tiga hingga empat peratus menjelang 2025.

“Kita belum lagi sampai ke tahap itu, apabila kita mencapainya kelak, Malaysia bakal menjadi antara 20 ekonomi terbesar di dunia.

“Justeru itu, saya mahu PKS berkembang dengan pesat, capai kejayaan luar biasa, dan ini boleh terlaksana dengan DFTZ,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan berusaha melakukan segalanya, di samping memastikan sokongan berterusan diberikan kepada industri ini, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

Dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan fasa pertama DFTZ akan menyaksikan penyertaan kira-kira 1,500 PKS dan dijangka menarik pelaburan bernilai RM700 juta serta mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan.

Beliau berkata setakat ini 1,972 PKS telah menyertai DFTZ, melepasi sasaran awal 1,500.

“Dalam Bajet 2018, kami menyediakan peruntukan bagi fasa pertama DFTZ dan akan memperuntukkan lebih banyak lagi bagi fasa kedua,” katanya.

Najib juga mengumumkan firma e-dagang terkemuka dunia, Alibaba, akan memilih satu minggu pada tahun depan yang akan dijadikan sebagai “Minggu Malaysia” di platformnya, untuk antara lainnya, mempromosikan makanan, produk dan destinasi pelancongan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDFTZ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd