• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Suspek Kes Bunuh Wanita Indonesia Ditahan

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di Negeri Sembilan, Pelabuhan Klang dekat sini dan Pahang semalam, kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia pada 5 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, suspek lelaki berumur 26 tahun ditahan pada pukul 12.30 pagi, di pondok pengawal sebuah pasar raya di Seremban 2, Negeri Sembilan.

“Suspek kedua, lelaki berusia 28 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Chungah Pelabuhan Klang, pada pukul 3 pagi, manakala suspek wanita berusia 23 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Pian, Temerloh, Pahang pada 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amar, ketika penahanan suspek, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, antaranya dua buah telefon bimbit yang mana satu daripadanya adalah milik mangsa.

Tambah beliau, siasatan mendapati kedua-dua suspek lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah, mendatangkan kecederaan dan curi.

Ketiga-tiga suspek kini direman selama seminggu sehingga 9 Nov ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun ditemukan mati tanpa pakaian dengan leher dijerut dengan tali kasut di dalam bilik sewanya di Taman Kem, Pelabuhan Klang. – BERNAMA

Tags: ACP Shamsul Amar Ramlikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd