• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Bom Mainan, 6 Kereta Polis Kepung Penang Road

oleh
03/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Hanya kerana satu objek mencurigakan ditemui di Penang Road di sini pada petang Jumaat, lalu lintas di kawasan itu terpaksa dikepung beberapa ketika oleh enam buah kereta polis.

“Kami sedang menangani kes barangan mencurigakan yang dilaporkan di Penang Road,” dedah polis Singapura dalam catatannya menerusi laman Twitter yang dipetik stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia.

Mereka juga meminta orang ramai untuk mengelak daripada cuba melalui kawasan tersebut dan pada masa yang sama tidak pula mengeluarkan sebarang spekulasi terhadap kes tersebut.

Dalam pada itu, agensi berita Mediacorp difahamkan bahawa barangan berbentuk bom tangan itu dijumpai di luar Singapore Shopping Centre di persimpangan Penang Lane dan Penang Road.

Ini sekali gus menyebabkan Penang Lane ditutup kepada laluan trafik. Simpang berhampiran Orchard Road dan Penang Lane juga sudah pun dikepung, menyebabkan halangan kepada lalu lintas.

Pihak polis mendedahkan bahawa Penang Lane sudahpun ditutup bagi “memudahkan operasi polis”. Seorang saksi mengatakan dia ternampak kehadiran enam kereta polis di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, polis mengesahkan bahawa objek yang konon mencurigakan itu sebenarnya adalah sejenis mainan yang secara kebetulan berbentuk grened.

Dalam catatan terbaharu menerusi Twitter pada pukul 5.20 petang, polis turut menyatakan bahawa Penang Lane sudah dibuka semula kepada lalu lintas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PenangSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd