• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Maut, 45 Pelajar Cedera Bas Sekolah Terbalik

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sekurang-kurang seorang terbunuh manakala 45 pelajar cedera dalam satu nahas bas sekolah di negeri Uttar Pradesh yang terletak di utara India pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

“Nahas itu berlaku apabila bas sekolah tersebut terbalik di Lebuhraya Yamuna berhampiran pekan pelancongan Agra selepas pemandunya hilang kawalan apabila tayar kenderaan terbabit meletup dan melanggar pembahagi jalan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala kesemua pelajar yang cedera dihantar ke Kolej Perubatan S.N. di Agra.
“Keadaan empat daripada pelajar terbabit adalah serius,” kata pegawai polis itu.

“Beberapa orang guru yang mengiringi pelajar terbabit turut cedera namun dibebaskan selepas menerima pertolongan kecemasan.”

Bas itu membawa 50 pelajar dan enam guru dari Sekolah Alok Bharti dari negeri jiran iaitu Himachal Pradesh, dan sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melawat Taj Mahal, antara ikon yang menjadi tujuh keajaiban dunia, semasa nahas itu berlaku.

Saksi memberitahu polis bahawa bas tersebut telah dipandu dengan laju, menyebabkan pemandunya hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu meletup di Lebuhraya Yamuna, sebuah koridor berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu kota India dengan Agra.

Satu siasatan telah diarah dijalankan, kata pegawai itu.

Jumlah kematian akibat nahas jalan raya India adalah antara yang tertinggi di dunia.

Kebanyakan nahas itu berlaku disebabkan cara pemanduan yang buruk atau penyelenggaraan jalan dan kenderaan yang teruk. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap dan aktivis, Caprice berpandangan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin...

PH Tewas Teruk, ‘Ceplos’ Berazam Buat Lebih Banyak Video Pertahan Anwar Dan Madani

PH Tewas Teruk, ‘Ceplos’ Berazam Buat Lebih Banyak Video Pertahan Anwar Dan Madani

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seorang pempengaruh yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd