• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM NS Kenal Pasti 3 Daerah Berisiko Banjir Kilat

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengenal pasti tiga daerah di negeri ini yang berisiko dilanda banjir kilat khususnya ketika musim tengkujuh.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata tiga daerah itu ialah Tampin, Kuala Pilah dan Seremban.

“Berdasarkan trend banjir di negeri ini kita mendapati banjir kilat sering berlaku ketika hujan tidak berhenti selama satu hingga dua jam sehingga menenggelamkan beberapa kawasan. Antara kawasan yang kita kenal pasti ialah seperti Air Kuning, Gemas dan Ampangan, Seremban.

“Jadi saya dah mengarahkan kepada semua pegawai dan anggota jika berlaku hujan lebat yang berterusan dan kawasan itu telah dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat, kita tidak perlu tunggu panggilan. Jentera perlu terus keluar untuk membuat rondaan dan tindakan bersama dengan kenderaan pengangkutan seperti lori. Itu strategi yang kita lakukan sekarang ini” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tamat latihan Pegawai Bomba Bantuan JBPM Negeri Sembilan siri 2/2017 di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johari Ahmad dan Penolong Pengarah (Operasi) Bomba negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar.

Norazam juga berkata beliau telah memaklumkan kepada semua ketua balai supaya anggota mereka merancang cuti tahunan bagi menghadapi bencana banjir

Terdahulu, Norazam memeriksa perbarisan tamat latihan sejumlah 31 Pegawai Bomba Bantuan yang akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Rembau, Tampin, Bahau, Jelebu dan Port Dickson. – BERNAMA

Tags: banjir kilatJBPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd