• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kecam Konon Harris Tuntut Saman Demi Wang

oleh
05/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA perasaan jika anak kecil kita sendiri terpaksa menahan sakit apabila penutup lampu panas terjatuh ke atasnya dan menyebabkan tubuhnya melecur?

Minggu lalu, Aleena Ziya iaitu anak penyanyi kelahiran Singapura, Harris Baba mengalami lecur di muka dan dagu apabila penutup lampu panas di butik antarabangsa, Louis Vuitton di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Baca: Butik Antarabangsa Cuai, Anak Harris Baba Melecur

Sebagai seorang bapa, Harris telah membuat keputusan dengan menfailkan saman terhadap butik jenama terkenal itu kerana kecuaian mereka yang tidak dapat diterima.

Dalam masa sama, ada sesetengah netizen pula yang tidak berhati perut, menyifatkan tindakan Harris dan isteirnya, Nik Naziha Zawawi menfailkan saman sebagai ‘mengambil kesempatan’ demi wang semata-mata.

Juga: Butik Mohon Maaf, Harris Tetap Teruskan Saman

Siapa saja yang sanggup melihat anak kecil yang baru berusia lapan bulan setengah menderita sakit di dagu dan tangannya disebabkan melecur tahap dua?

“Saya sangat kecewa bila dapat tahu ramai yang ingat saya saman butik LV semata-mata demi duit. Saya tidak saman mereka kerana duit.

“Tapi kerana tidak mahu insiden sebegini terjadi lagi kepada anak orang lain atau sesiapa saja! Jadi pihak butik akan memastikan mereka jaga segala keselamatan terhadap pelanggan mereka.

“Anda fikir saya boleh hanya masuk semula ke butik itu dengan tersenyum walaupun anak saya sudah cedera? Hanya sebab mereka dah memohon maaf, tak bermaksud semuanya baik-baik sahaja. Anak saya masih terpaksa menanggung sakit,” tulis Harris di posting akaun Instagramnya.

Netizen ni pun satu. Sebelum nak bercakap tu fikir lah jugak. Jangan bercakap ikut suka hati je sampaikan menyinggung perasaan orang lain. Mungkin yang bercakap tu tak pernah ada anak lagi.

Jadi disebabkan itu mereka bercakap ikut sedap mulut je. Anak kecil mana tahu apa-apa, tahu-tahu saja tangan dah luka. Nasib baik masih boleh dirawat. Kalau teruk? Agak-agak pihak yang bersalah tu nak bertanggung tak? – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Aleena Ziyabutik antarabangsaHarris Babamelecursaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd