• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Dicekup Bersama 200 Kilo Daun Ketum

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Polis menahan dua lelaki berusia 30 tahun serta merampas 200 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM2,600 di Kampung Kuala Roman, Jeneri dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sik semasa melaksanakan tugas snap and check.

“Kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan menuju Padang Besar, Perlis dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza dan membawa daun ketum yang diisi kemas di dalam karung plastik.

“Siasatan awal mendapati bekalan daun itu diperolehi dari Lubuk Merbau (dekat Padang Terap). Kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata permohonan reman bagi kedua-dua suspek akan dibuat pada hari ini.

Beliau berkata sekiranya disabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd