• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Berbasikal Manhattan Kembali Beroperasi

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Laluan berbasikal Manhattan yang menjadi tempat serangan oleh seorang pendatang Uzbekistan, Sayfullo Saipov kembali dibuka kepada orang ramai, Khamis.

Beberapa kalungan bunga kelihatan turut diletakkan di situ sebagai memperingati 20 mangsa, 8 daripadanya maut dan 12 lagi cedera dalam serangan yang didakwa mengambil inspirasi dari militan Daesh.

Kata-kata semangat “Kami kuat. Kami NYC” pula kelihatan ditulis di atas laluan itu. Sehelai jersi bolasepak Argentina digantung, sebagai mengenang lima sahabat dari negara berkenaan yang terkorban semasa sedang berbasikal dalam acara pertemuan semula sekolah mereka.

Jika bukan kerana peringatan berkenaan, tiada tanda menunjukkan kawasan kesayangan ramai selama hampir 20 tahun itu ialah lokasi kepada satu serangan maut.

Sejak beberapa tahun lalu, banyak aduan sebenarnya diterima daripada orang ramai berikutan kawasan berbasikal itu tidak terlindung sepenuhnya daripada kenderaan.

Ini memberi peluang kepada Saipov merempuh kawasan berkenaan pada kelajuan yang tinggi.

Seorang pengunjung, Deborah Salant mengecam keadaan itu yang disifatkan amat berbahaya untuk pengguna.

“Saya sangat marah. Tiada sebarang kenderaan yang harus dibiarkan memasuki kawasan ini,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: basikalnew york
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

14/11/2025
0

LAPORAN BERITA MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa dia “tidak takut” untuk berkunjung ke New...

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

05/11/2025
0

TERKINI....ZOHRAN MAMDANI CATAT SEJARAH SEBAGAI DATUK BANDAR MUSLIM PERTAMA NEW YORK CITY NEW YORK, 5 November 2025 – Zohran Mamdani,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd