• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tamat Kerjasama Dengan Bank China

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menamatkan kerjasama dengan Bank Dandong dari China atas dakwaan bank itu membantu Korea Utara, melanggar sekatan kewangan yang dikenakan.

Washington pada Jun lalu telah memberi peringatan kepada cabang perniagaan lain bahawa mereka bercadang untuk mengambil tindakan dan ia akhirnya dikuatkuasakan, sejurus sebelum Presiden Donald Trump memulakan lawatan ke Asia.

Beliau sebelum ini menuntut Beijing melaksanakan lebih banyak pendekatan untuk mendesak Korea Utara menghentikan program peluru berpandu nuklear mereka yang berupaya untuk terbang sehingga ke Amerika.

Trump akan menyampaikan mesej ini kepada Presiden Xi Jinping di Beijing minggu depan, namun China dilihat keberatan untuk mengambil pendekatan seumpama itu ke atas Korea Utara.

Sumber kerajaan AS memberi amaran, Trump tidak memberikan sebarang arahan untuk membatalkan serangan ke atas Kim Jong-Un bagi menghalang program nuklear beliau, walaupun pada dasarnya lebih memilih untuk berunding.

Di sebalik penentangan terhadap Korea Utara, AS juga sebenarnya secara halus telah bertindak mengenakan sekatan kedua ke atas institusi asing, seperti Bank Dandong yang didakwa menyalurkan dana secara haram.

Langkah itu ternyata membangkitkan kemarahan China tetapi penganalisis berkata, ia petunjuk penting kepada Beijing untuk menimbangkan semula strategi mereka. – AFP/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd