• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suu Kyi Bertolak Ke Kawasan Dilanda Konflik

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi telah memulakan perjalanan ke dua kawasan utama di Maungtaw, yang terletak di utara negeri Rakhine, bagi memeriksa kampung yang musnah akibat serangan melampau pengganas sejak beberapa bulan lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ketua pengarah Pejabat Kaunselor Negara, U Zaw Htay.

Beliau berkata Aung San Suu Kyi akan turut meninjau projek pembinaan semula semasa lawatan sehari ke Kampung Taungpyo Letwei dan Khon Tine.

Kerajaan Myanmar telah melaksanakan beberapa projek jangka pendek di bahagian utara Rakhine selepas wilayah itu kembali selamat dan stabil yang sebelum ini dimusnahkan oleh pengganas sejak tiga bulan lepas.

Pada 17 Okt, kerajaan Myanmar membentuk Union Enterprises for Humanitarian Assistance, Resettlement and Development (UEHRD), yang diketuai Suu Kyi, untuk melaksanakan projek jangka panjang yang bebas daripada konflik dengan lebih efektif.

Myanmar turut membentuk sembilan pasukan petugas sektor swasta untuk menyertai mekanisme UEHRD yang diterajui Suu Kyi di utara Rakhine.

Suu Kyi telah memberi keutamaan kepada tiga tugas yang perlu dilakukan di Rakhine — penghantaran pulang pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh dan menyediakan bantuan kemanusiaan secara efektif; petempatan semula dan pemulihan; membawa pembangunan ke wilayah itu dan mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Pengganas ekstremis Tentera Penyelamat Rohingya Arakan telah melancarkan serangan baharu ke atas balai polis di Rakhine pada 25 Ogos, menyebabkan penduduk beberapa kawasan dalam daerah Maungtaw tersingkir. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

Mungkin Ramai Pengundi Cina Tidak Pulang Mengundi – Caprice

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap dan aktivis, Caprice berpandangan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd