• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Makanan Kekal Walaupun Harga Minyak Turun

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Harga makanan di restoran, kedai kopi mahupun gerai masih dikekalkan walaupun kos bahan api berkurangan selepas penuruhan harga minyak.

Ia jelas tidak selari dengan tindakan sesetengah pengusaha kedai makan yang menaikkan harga makanan apabila berlakunya kenaikan bahan bakar sebelum ini.

Mereka seterusnya menuding jari dan menyalahkan pembekal bahan mentah kerana mengenakan kos penghantaran pada kadar yang sama.

Persatuan Pemilik Lori PanMalaysia (PMLOA) menggesa ahli-ahlinya untuk mengikut trend harga minyak semasa dalam mengenakan caj pengangkutan.

Walau bagaimanapun, Presidennya, Jong Foh Jit berkata margin pelarasan tidak dapat ditunjukkan kerana sekatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC).

“Penurunan harga diesel adalah berdasarkan kepada trend harga minyak mentah dunia, tetapi berapa lama trend ini akan kekal masih tidak diketahui,” katanya.

Sebaliknya Jong menggesa kerajaan untuk mengurangkan cukai ke atas alat ganti dan tayar.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, ahli-ahlinya mahu menurunkan harga makanan makanan namun kos perbelanjaan masih tinggi.

“Kami bergantung kepada pembekal yang tidak menyemak semula kadar mereka walaupun selepas harga bahan api jatuh kali pertama pada bulan lepas.

“Kami bersedia untuk menurunkan harga makanan kerana ia akan menarik lebih ramai pelanggan dan menambah keuntungan tetapi kami tidak dapat menampung caj tinggi yang dikenakan pembekal,” katanya.

Bermula 1 Januari lalu, harga RON95, RON97 dan diesel telah disemak semula kepada RM1.91, RM2.11 dan RM1.93. – mStar Online

Tags: makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd