• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukarelawan 1M4U Di 140 Sekolah Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program Sukarelawan Sekolah Malaysia 1M4U, yang dilaksanakan melalui kerjasama 1Malaysia For Youth (1M4U) dan Kementerian Pendidikan, akan diwujudkan di 140 buah sekolah di seluruh negara tahun depan, kata Ketua Setiausaha, Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata berkata program 10 sekolah di setiap negeri itu selaras dengan visi meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia seawal usia 13 hingga 17 tahun, berbanding fokus 1M4U sebelum ini kepada belia berusia 18 hingga 40 tahun.

“Melalui program ini, aktiviti berkonsepkan kesukarelawanan akan diterapkan di peringkat sekolah melalui aktiviti kokurikulum sedia ada,” katanya semasa melancarkan Sukarelawan Sekolah Malaysia 1M4U di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16(1), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Rudy Malik.

Ali berkata kira-kira tiga juta sukarelawan berdaftar dengan 1M4U, satu daripada inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, sejak ditubuhkan pada 2012 dan merupakan platform sukarelawan terbesar di negara ini yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan di hati belia melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi dan tidak konvesional.

“Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja untuk memupuk semangat keprihatinan masyarakat tetapi juga mewujudkan perpaduan dalam kalangan belia bagi mendorong perubahan positif dalam komuniti tempatan,” kata Ali.

Beliau berkata antara program berimpak tinggi yang dilaksanakan 1M4U termasuk kempen ‘Prihatin’ yang membaik pulih rumah golongan memerlukan, program ‘Better City’ bagi menaik taraf kemudahan awam, dan program ‘Go Green’ dengan menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan alam.

Maklumat lanjut mengenai Sukarelawan Sekolah 1M4U boleh diperolehi di laman sesawang www.im4u.my atau laman Facebook 1MalaysiaForYouth atau Instagram 1m4youth. – BERNAMA

Tags: 1M4USekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd