• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ziarah Rumah Penoreh Getah Di Pokok Sena

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Di sebalik jadual lawatan kerja yang padat di Kedah hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat rumah seorang penoreh getah di Kampung Belukar, Pokok Sena dekat sini, petang ini.

Najib, yang diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, tiba di rumah Mansor Salleh yang menjadi penoreh getah sejak 30 tahun yang lalu.

Sebaik tiba, perdana menteri meninjau keadaan rumah Mansor, 60, yang agak uzur selain turut menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) kepada keluarga tersebut.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Sementara itu Mansor berkata beliau amat bersyukur apabila pemimpin nombor satu negara itu sudi berkunjung ke rumahnya, satu perkara yang tidak pernah terfikir akan berlaku,dan akan menjadi kenangan seumur hidupnya.

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang beliau (Najib) akan melawat saya di rumah ini, ini satu penghargaan amat besar sepanjang hidup saya,” katanya yang mempunyai tujuh anak berusia lapan hingga 31 tahun.

Mansor berkata dia dan keluarganya sudah tinggal hampir 30 tahun di rumah itu dan memaklumkan keadaan rumahnya agak usang selain hanya mendapatkan bekalan air melalui telaga berdekatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPenoreh Getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd