• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Rela: ‘Datuk Seri’ Pun Positif Dadah

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ yang direman selepas didakwa memukul anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 29 tahun itu mendapati suspek sebagai positif dadah ketika ditahan Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis juga mendapati suspek pernah mempunyai satu rekod lampau bersabit pengambilan dadah sebelum ini.

“Ujian urine (air kencing) Datuk Seri ini adalah positif dan kita akan ambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

“Selain itu, kita juga akan melihat dan menyiasat lain-lain aspek sekiranya ada kegiatan yang melanggar undang-undang,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Tambahnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

27 Oktober lalu, tiga anggota RELA iaitu  Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera di kepala, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki terbabit mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahDatuk SeriRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd