• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mengaku Bersalah Merompak, Acu Pistol Tiruan

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu merompak dan mengacukan pistol tiruan terhadap dua pekerja sebuah kedai serbaneka, bulan lepas.

Mohd Nuri Selajudin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merompak warga Bangladesh, Muhammad Soreat Ullah, 25, dan Ali Reza Raju, 20, dengan cuba melarikan wang di dalam kaunter kedai itu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah mengacukan satu pistol tiruan berwarna hitam jenis pistol angin (air pump gun) semasa melakukan rompakan terhadap kedua-dua mangsa yang sama dengan cara yang mungkin menyebabkan ketakutan, mati atau cedera terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga boleh dikenakan tidak kurang tiga sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kedai serbaneka di Jalan Hang Lekir, Dang Wangi di sini, pada 2.50 pagi, 26 Okt lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin manakala tertuduh diwakili peguam ML Hoe.

Hakim Rohatul Akmar menetapkan 6 Nov ini untuk pembentangan fakta kes dan jatuh hukum. – BERNAMA

Tags: merompakPistol Tiruan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

Saya Hanya Bertindak Mengacu Pistol Tiruan, Bukan Tembak

27/07/2025
0

KUANTAN: "Saya cuma mengugut untuk menembak lelaki berkenaan menggunakan pistol tiruan selepas dia bercakap begitu kasar serta biadap dengan ibu...

Penjara Lima Tahun Kerana Merompak, Menyamar Polis

Penjara Lima Tahun Kerana Merompak, Menyamar Polis

26/09/2022
0

Kuala Terengganu : Juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak warga Bangladesh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd