• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Diselamat

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di sini awal hari ini dan menyelamatkan tujuh warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia serta menahan 21 yang lain kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit.

Ketua Polis Labuan ACP, Adzhar Othman berkata serbuan itu dilaksanakan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Labuan dan polis Sabah pada 2 pagi terhadap pusat hiburan tersebut yang mengupah pekerja asing sebagai pelayan pelanggan tanpa dokumen sah.

Beliau berkata mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan berusia antara 23 dan 30 tahun.

“Kesemua mangsa kini berada bawah pengawasan polis. Operasi tersebut merupakan antara usaha kami dalam mengawal aktiviti berkaitan di seluruh pulau,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kesemua 21 rakyat Filipina yang ditahan kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit itu berusia antara 23 dan 53 tahun.

“Kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun, yang juga penjaga premis tersebut, dan dua pekerja, masing-masing berusia 37 dan 57 tahun dalam serbuan itu,” katanya.

Adzhar berkata kesemua wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Beliau mengingatkan semua majikan untuk melakukan proses dokumentasi yang betul ketika mengambil warga asing bekerja dan tidak terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia kerana ia adalah kesalahan serius. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd