• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Akan Diambil Jika Pemaju Langgar Syarat EIA

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemaju tapak pembinaan berhampiran sekiranya didapati melanggar syarat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), sehingga menyebabkan banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hasil siasatan awal mendapati sampah dan lumpur di sekitar tapak pembinaan tersebut hanyut terus ke longkang ketika hujan lebat antara pukul 1 tengah hari hingga 4 petang itu.

Beliau berkata ia dipercayai berpunca daripada kegagalan pemaju projek berkenaan menyediakan kolam takungan dan perangkap sampah, namun siasatan masih dijalankan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pemaju pembinaan sekiranya projek itu diluluskan selepas Ogos 2015, iaitu ketika syarat EIA baharu dilaksanakan.

Namun, kita tidak boleh mengambil tindakan sekiranya tarikh projek itu sebelum Ogos 2015… perkara itu (tindakan) boleh diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana kelulusan adalah di bawah DBKL, ” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Petang semalam, hujan lebat yang melanda sekitar Lembah Klang, mengakibatkan banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Bangsar South, menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata kapasiti perparitan dan sistem pembetung di seluruh Kuala Lumpur masih boleh menampung tahap hujan lebat seperti semalam tanpa berlakunya banjir.

“Data daripada stesen yang memantau di kawasan itu mendapati sungai berhampiran masih mempunyai kapasiti tinggi kira-kira 1.5 meter dan mampu menampung (taburan) hujan yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarSyarat EIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd