• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Anwar Tak Dibincang Dalam MTES

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini.

“Tidak dibincangkan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini.

Semalam, Abdul Khalid ketika ditanya tentang kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MTES hari ini.

Status Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri menjadi tanda tanya ekoran tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat Abdul Khalid dari parti itu berkuat kuasa 9 Ogos lepas.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor pada 13 Nov 2009.

Sementara itu, Abdul Khalid juga enggan mengulas ketika ditanya kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail daripada PKR sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Walaupun diasak bertubi-tubi dengan persoalan mengenai kedudukan Rodziah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Menteri Besar hanya membisu dan terus berjalan memasuki lif untuk ke pejabatnya di Tingkat 21.

Kenyataan Abdul Khalid dinantikan susulan tindakan Adun Batu Tiga itu yang mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa beliau akan akur dengan keputusan parti berhubung kedudukan beliau dalam krisis pentadbiran Selangor yang menolak Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Rodziah yang baru pulang dari Bangkok, Thailand, malam semalam berkata keakuran beliau itu adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini memutuskan untuk memecat lima anggota Exco kerajaan negeri dari DAP dan PKR selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Lima anggota Exco terbabit ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP serta Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong Keat Ping daripada PKR.

Semalam, Abdul Khalid bagaimanapun berkata pemecatan itu tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukannya akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MTES berkata kedudukan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

“Kedudukan Ahli Majlis PBT dikekalkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, pihak media yang menantikan kehadiran Rodziah ke mesyuarat MTES hampa apabila kelibat beliau langsung tidak kelihatan di bangunan SUK. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd