• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Pemain Bola Kelab Ini Dapat Bonus RM13 Juta

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah kelab tempatan di China membuktikan mereka masih hebat waima hanya dibarisi anak tempatan.

Lebih manis, kejayaan Meizhou Meixian Techand mara ke Liga 1 China musim hadapan menyaksikan semua pemain menerima ‘durian runtuh’ apabila dihadiahkan bonus sebanyak 20 juta yuan (kira-kira 12.8 juta) setiap seorang.

Portal tempatan Goal.com melaporkan, ganjaran lumayan tersebut diberikan pemilik kelab bagi meraikan kejayaan pasukan itu setelah mengalahkan Shenzen Ledman dalam perlawanan play-off dengan keputusan aggregat 3-1.

Gambar para pemain bersama hadiah insentif mereka itu mula tersebar tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sejak malam tadi, dan turut dikongsikan melalui akaun twitter Liga 2 China, @Chinaleaguetwo.

Meixian Techand players received 20,000,000 yuan in prize money after access and qualification for the CL2 final of China League Two. pic.twitter.com/avsTqNUKfU

— Terceira Div Chinesa (@Chinaleaguetwo) October 30, 2017

Pasukan yang ditubuhkan oleh Dongguan City Sports Bureau sejak tahun 2003 itu dilaporkan hanya menampilkan aksi 31 pemain tempatan tanpa seorang pun kelibat pemain import, dan berpangkalan di wilayah Guangdong.

Ia kini dimiliki oleh firma Shenzhen Tiehan Ecological Environment Co., Ltd, sebuah syarikat tempatan yang aktif menjalankan perniagaan kejuruteraan dan pembinaan sebagai pemegang saham terbesar pasukan tersebut.

Kuasa wang pemilik kelab bola sepak di China bukan lagi satu rahsia, dengan kemampuan mereka untuk menarik pemain dan jurulatih ternama seperti Axel Witsel, Carlos Tevez, Marcello Lippi dan Sven-Göran Eriksson.

Ramai warga asing beraksi dalam Liga Super China memeriahkan arena bola sepak tempatan, tetapi kejayaan Meizhou Meixian Techand di bawah jurulatih Hong Kong, Li Haiqiang memang unik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd