• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Untuk Pembersihan Pasca Banjir Sedang Dinilai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menilai peruntukan bagi melakukan kerja pembersihan di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihaknya sudah meminta kerajaan negeri terbabit menggerakkan kerja bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengenal pasti setiap keperluan untuk kerja pembersihan pasca banjir.

“Ketika banjir besar di Johor dan Melaka pada tahun 2006, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kepada PBT untuk melakukan pembersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan publisiti awam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengekalan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Sihat dan Bandar Selamat di bandar Kluang, di sini, hari ini.

Beliau berkata peruntukan perlu disalurkan dengan segera supaya kerja pembersihan dapat dilakukan secepat mungkin memandangkan PBT perlu mencari khidmat kontraktor pembersihan bagi mengangkut timbunan sampah pukal seperti perabot.

Halimah berkata kerja pembersihan selepas banjir perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang penyakit bawaan air akibat bencana alam itu.

Sementara itu, mengulas mengenai RKK berkenaan, beliau berkata sebanyak 208 bangunan lama yang dibina sejak tahun 1910 di bandar ini akan dipulihara bagi mengekalkan nilai sejarah selain menjadi tarikan baharu produk pelancongan.

Beliau berkata pemuliharaan itu juga adalah selaras dengan ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berangkat melawat daerah ini sebelum ini agar bandar itu tidak kelihatan uzur. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd