• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan T’ganu Sedia Bantu Keluarga Anggota Bomba

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bersedia membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh semasa banjir di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada Rabu lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan terbabit akan melihat keperluan itu dan memaklumkan kepada pihak kerajaan negeri.

Katanya, pada peringkat pertama pihaknya telah menerima permohonan daripada isteri Maharazir Mat Saud, 36, yang bertugas sebagai guru di Dungun untuk ditukarkan ke Kuala Terengganu.

“Kita tiada masalah untuk membantu anggota tersebut dan pihak bomba akan melihat bentuk keperluan tersebut sebelum dipanjangkan kepada kerajaan negeri.

Selain itu, kita akan berusaha untuk menukarkan isteri anggota terbabit bagi memudahkan menguruskan keperluan suaminya sepanjang menerima rawatan,” katanya ketika melawat anggota tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Pada 24 Disember lalu, empat anggota bomba dari balai bomba AMBS nyaris maut setelah kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung semasa cuba mengelak jalan runtuh ketika dalam perjalanan untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Shukor. – BERNAMA

Tags: BombaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd