• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas Dadah RM5,600

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Tunggal, Gugusan Adela, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata serbuan dilakukan pada 11.30 malam selepas bertindak atas maklumat orang awam.

“Kesemua dadah yang dirampas melibatkan 283.15 gram heroin, syabu (13.5 gram), Erimin 5 (1.4 gram) dan ganja (0.76 gram),” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata kesemua lelaki tempatan berumur 35 hingga 40 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata pihaknya menahan 742 individu pelbagai peringkat umur dan merampas 12.57 kilogram dadah pelbagai jenis menerusi operasi pembanterasan dadah sejak Januari hingga 17 Sept lepas.

Katanya kesemua dadah itu bernilai RM217,940 termasuk ekstasi, Erimin 5 dan Yaba.

Menurut Ahsmon, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi amat menghargai sumbangan maklumat daripada masyarakat dalam memerangi dadah dan sehubungan itu, IPD Kota Tinggi juga bertekad untuk terus memerangi dadah di daerah itu. – BERNAMA

Tags: dadahrampasSupt Ahsmon Bajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd